KAILAN - CARA SEMAI
KAILAN (Brassica
oleracea var alboglabra) merupakan sejenis sayuran berdaun yang
sangat popular dari keluarga Cruciferae terutama untuk masakan ala-Thai di
Restoran Tomyam disediakan sebagai 'Kailan Ikan Masin'. Ia adalah
sejenis sayuran daun dengan diusahakan secara komersil oleh petani di Malaysia
khususnya di Projek Kelompok Batu 19, Kg Sengkang, Bukit Gambir, Ledang ,
Johor. Kelompok ini telah memenangi JOHAN Anugerah Projek Berkelompok Peringkat
Kebangsaan 2009 anjuran Jabatan Pertanian Malaysia. Kailan tergulong dalam
beberapa banyak keluarga sawi seperti Sawi Bunga, Sawi Putih, Sawi Hijau dan
Sawi Jepun. Keluasan tanaman kailan di Malaysia meningkat daripada 512 ha
(1990) kepada 972 ha (1996) dan kini seluas 1,685 ha (2012) menunjukkan
permintaan sayuran jenis ini terus meningkat. Sayur ini dipercayai berasal dari
kawasan Meditrenean dan telah pun sesuai pada iklim tropika. Kawasan utama
tanaman kailan di Malaysia ialah di Johor (Daerah Ledang - dulu kawasan ini
didalam Daerah Muar dan Daerah Johor Bahru), Melaka, Perak, Pahang (Cameroon
Highland), Sabah (Ranau) dan Pulau Pinang. Artikel pagi ini saya
menulis dalam "Anim Agro Technology" teknologi penyediaan anakbenih tanaman kailan
berdasarkan kajian penulis di Ladang Sayuran Tan Soo Tiok yang merupakan
Pengerusi Penanam Sayur Malaysia di ladang ini untuk dikongsi semua pembaca
blog ini.
Berikut adalah teknologi menyemai
sayuran kailan yang saya buat penelitian di Kebun Tan Soo Tiok semasa membuat
tinjauan banyak kali. Teknik menyemai menggunakan alatan dan media penanaman
ini berneza dengan cara penyemaian konvensional dan memberikan kesan kos yang
signifikan dan peratus kejayaan yang sangat baik. Selain daripada itu kadar
pertumbuhan diatas batas adalah sekata dan menjimatkan masa menyemai atau
menyulam pokok kailan. Saya paparkan teknologi penyemaian benih kailan
untuk dijadikan panduan kepada semua pembaca blog ini.
1. Benih Kailan berkualiti disediakan dahulu dan pastikan ia telah dirawat dengan racun kulat. Benih kailan adalah diimpot daripada luar negara dari jenis hibrid yang mahal harganya.
1. Benih Kailan berkualiti disediakan dahulu dan pastikan ia telah dirawat dengan racun kulat. Benih kailan adalah diimpot daripada luar negara dari jenis hibrid yang mahal harganya.
2. Bahan
media yang sesuai adalah Substrate 701 iaitu media impot untuk digunakan. Harga
satu beg media ini sekitar RM 70 - RM 80 satu beg yang diperkayakan dengan
nutrien NPK.
3. Isikan
media tanaman kedalam tray semaian yeng mempunyai 108 lubang setiap satu tray.
Kadar media adalah separas dengan permukaan dulang semaian.
4. Pengisian biji benih kailan
dibuat dengan menggunakan Alat Khas menabur benih (Lihat foto dibawah) dengan
melatakkan tray berisi media dibawahnya dan setiap lubang akan diisi dengan
satu biji benih. Simpan trau semaian didalam para khas beberapa tingkat selama
4-5 hari sehingga biji kailan bercambah,
5. Tray Semaian yang ada benih yang bercambah perlu diperiksa kadar pertumbuhannya yang seragam dan boleh dialihkan kerumah semaian.
6. Bawa tray semaian tersebut untuk di letakkan didalam rumah semaian (Lihat foto dibawah) bagi proses pembesaran. Pada masa ini serangga perosak seperti cengkerik dan semut suka makan anakbenih kerana ianya adalah manis. Buat penyiraman mengikut kesesuaian cuaca sehingga anakbenih sesuai untuk diubah keladang dalam 5-7 hari.
7. Buat pemeriksaan sekali lagi dialam rumah SPH agar tidak berlaku banyak kerosakan dan kadar pertumbuhan benih seragam.
8. Tray
semaian yang sedia untuk diubah dikeluarkan dari rumah semaian dan dihantar
kelokasi penanaman.
8. Kailan
ditanam didalam kawasan struktur kalis serangga untuk mendapatkan hasil.
Tanaman kailan sangat mudah diserang oleh serangga Plutella spp yang merosakan
kailan jika tidak dijaga dengan baik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar